Wednesday 16 May 2012

sesal--->dugaan--->kekuatan--->penyelesaian

Thursday[0224]
Ampunkan diri ya allah
diri sentiasa lemah dlm menapak
terlalu mudah letih
terlalu mudah tumbang
terkadang terpercik nyalaan api usaha mendekatiMu
namun diri mudah alpa
tiada sedar akan taufan yang sering
membelai
sungguh terasa belaian taufan
hingga tak terasa binasa mendatang
belaiannya sngguh mnyejukkan
membekukan diri
tersembam rebah diri mnyembah bumi
mataku kabur
mencari tongkat utkku terus menapak
bergelumang dlm infiniti kegelapan
masih buta dlm mneghidu cahaya
padahal cahaya itu terpatri di setiap sudut
wahai diri
kumpullah segala teras kekuatan
sesungguhnya ia terkumpul
jauh di arteri-arteri darahmu
jauh d saraf-saraf temulangmu
jauh d salur-salur hatimu
sesungguhnya pada setiap anak adam itu
telah adil timbangan ketetapan Allah
datangnya 1000 dugaan untuk diatasi
kerana pada zarah-zarah anak adam
terkumpul 1001 kekuatan
yang tersedia baginya utk mendaki tangga-tangga ujian
hanya tinggal pada aqal kita
utk mengumpil dan mngumpulkan kekuatan itu
seterusnya mentertibteratukannnya
hingga akhirnya mampu kita memacak jasad kita
dan teruskan melangkah

MAMABABA
maafkan diri ini kerana sering tiada disisimu
sungguh penyesalan ini datang berganda2




No comments:

Post a Comment