Lama selepas pelarian Filipina menetap di 32 kampung di Sabah semasa konflik Mindanao pada tahun 1970-an, lebih 16.7 peratus daripada  mereka kini memiliki kad pengenalan biru, demikian suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah diberitahu hari ini.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Suhaimi Mohd Salleh, yang dipanggil semula untuk memberi keterangan kepada RCI hari ini, berkata daripada anggaran 69.317 pelarian di 32 kampung tersebut, sehingga tahun lepas 11,597 daripada mereka memiliki kad pengenalan biru.

"Sejumlah 15,057 orang juga memiliki sijil kelahiran," kata Suhaimi sambil menambah bahawa mereka sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak pelarian dan menunggu untuk mendaatkan kerakyatan.

Manakala 3,698 lagi memiliki status pemastautin tetap, 481 menggunakan permit masuk, 10,982 menggunakan IMM13 (dokumen status pelarian) dan 281 menggunakan kad pengenalan sementara, katanya.

Bakinya, kata Suhaimi, menggunakan borang pengenalan lama yang diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan tertentu tetapi tidak oleh JPN atau Jabatan Imigresen, atau tidak mempunyai dokumentasi langsung.

Pasukan Petugas Khas Persekutuan ditugaskan untuk menyelia pelarian di kampung-kampung dan juga mengendalikan isu-isu berkaitan pendatang di Sabah.

Suhaimi dipanggil semula hari ini untuk menjelaskan dengan lebih terperinci statistik yang beliau berikan semasa sesi pertama RCI, yang bermula pada 14 Januari dan berakhir pada 18 Januari.

Beliau berkata, dari tahun 1990 sehingga 21 Januari tahun ini, sejumlah 446,063 pendatang haram dihantar pulang atau bersetuju untuk pulang secara sukarela.))




-Dari sini kita dapat menyimpulkan bahawa "Projek IC" yang diwarwarkan oleh sesetengah pihak agak nampak kebenarannya.Bahkan ianya turut diulas dalam wikipedia.Sultan Sulu juga tidak bodoh untuk membiarkan pengikutnya mati katak di tangan pihak autoriti Malaysia.Keyakinan beliau untuk menyerang Sabah mungkin didokong oleh faka diatas.Jika dinilai antara 2 lokasi serangan terhadap pihak autoriti Malaysia juga terletak agak jauh.Ini menunjukkan bahawa bilangan mereka tidak sedikit.Walaupun akhbar arus perdana menafikan kaitan antara keduanya, namun kejadian kedua adalah akibat tindakan pihak polis melakukan siasatan keatas sebuah premis yang didakwa menyimpan senjata tentera 'penceroboh'.Tetap terkait.

-Akan tetapi Utusan Malaysia pula beria-ia mengatakan bahawa 'penyerang di Semporna adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang telah mula memasuki dan menetap di beberapa kawasan di Sabah secara berperingkat sejak empat bulan lalu.'Makin berbelit jadinya